Thursday, August 18, 2011

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah


Politik
Sistem pentadbiran Bani Umaiyah
  • sistem khalifah
  • sistem wazarah - pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat, gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah
  • pelantikan beberapa orang gabenor adalah untuk memastikan keberkesanan sistem pentadbiran di wilayah yang besar
  • 5 wilayah pentadbiran yang besar:     

  1. Hijaz, Yaman dan seluruh Tanah Arab di bahagian tengah
  2. Hulu dan Hilir Mesir
  3. Babilonia + Asyor dan Parsi + etc
  4. Al-Jazirah, Armenia, Azerbaijan dan negeri-negeri Asia Minor
  5. Afrika Utara hingga barat Mesir, meliputi Andalusia, kepulauan di Laut Tengah

  • sistem urus setia - beberapa orang dilantik: membahagikan urusan pentadbiran kepada bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman 
  • sistem hijabah (penyekatan - Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin tiada sekatan bagi sesiapa yang ingin terus menemui khalifah. Namun, untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga, Muawiyah memulakan sistem kawalan keselamatan ini. Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyedia Makanan dikecualikan daripada sekatan) 
  • seseorang pegawai ditugaskan memerisa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah
Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang sistematik:
- setiap jawatan yang dibentuk, tugas dan fungsinya adalah jelas

Penubuhan Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah (diasaskan oleh Muawiyah)

Sistem ketenteraan
  • diperkemas
  • Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) ditubuhkan untuk pertahanan negara
  • penubuhan angkatan tentera darat dan laut
Sosial
  • kota Basrah ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
  • Khalil ibn Ahmad - pakar bahasa dan filologi Arab
  • Sibawayhi - ahli nahu (cara-cara penggunaan perkataan dalam menghasilkan ayat sesuatu bahasa) Arab
  • Al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri - sasterawan (orang yang menghasilkan karya)
  • bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
  • Orang bukan Arab berfaedah apabila tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran
  • Era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang tertentu:
  1. Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis - perbuatan atau percakapan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabatnya untuk menjelaskan hukum dalam agama Islam)
  2. Ibn Jarih (tafsir al-Quran - keterangan dan penjelasan tentang ayat-ayat al-Quran)
  3. Hasan al-Basri dan Wasil ibn Atan (usuluddin - teologi)
  • Khalifah al-Walid bin Abdul Malik membina hospital yang pertama di Damsyik 
  • Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta
  • Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
  • Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik, menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan
  • Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga berkembang
Sistem Perundangan
  • hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad (menggunakan keupayaan berfikir semaksimumnya untuk menghasilkan penetapan) dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak (kesepakatan pendapat para ulama)
  • hakim mesti adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili

No comments:

Post a Comment