Wednesday, August 17, 2011

Khalifah Uthman bin Affan

*Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia*


Pelantikan Saidina Uthman bin Affan menjadi khalifah adalah melalui majlis syura.
Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, 6 orang calon yang layak telah dicadang termasuk Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib
Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman menerima undi yang sama banyak.
Abdul Rahman bin Auf, pengerusi mesyuarat, meninjau pendapat dan mendapat persetujuan orang ramai, Saidina Uthman dilantik sebagai khalifah yang ketiga.


Politik

  • meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.
  • mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Sosial

  • menyelaraskan cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran, Mushaf Uthmani
  • membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara
Ekonomi

  • mengukuhkan peranan baitulmal (sumber pendapatan baitulmal ialah daripada jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam yang dikekalkan)
  • membiayai pembangunan negara dan memperkuatkan angkatan tentera laut Islam (membeli peralatan senjata dan kapal)

No comments:

Post a Comment