Wednesday, August 17, 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura berakhir setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia (661M) untuk digantikan dengan sistem warisan.

Sistem warisan - jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun / pemerintahan monarki

Pembetukan Kerajaan Bani Umaiyah
  • pentadbiran kerajaan Islam dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah    
  • mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah, Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf (tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab)
  • pemerintahan diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan mengikuti penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawaiyah
  • penyerahan kuasa dilakukan untuk mengelakkan umat Islam daripada terus berpecah belah
  • pemerintahan bermula 661M hingga 750M di Damsyik
  • tahap pertama; pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah
Perkembangan Bani Umaiyah di Sepanyol (tahap kedua)
  • keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama (di Damsyik) adalah akibat serangan daripada gerakan Abbasiyah
  • hampir keseluruhan Bani Umaiyah telah dibunuh
  • Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I) melarikan diri daripada tahanan di Fustat munuju ke Palestin, Afrika Utara, Maghribi dan Sepanyol (Bani Umaiyah tahap kedua)
  • pemerintahan bermula 756M hingga 1031M di Andalusia, Cordova 
  • tahap kedua; pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran amir

No comments:

Post a Comment