Thursday, August 18, 2011

Aleesha Buried as Mohd Ashraf Hafiz


Lelaki yang gagal dalam permohonan tukar nama kepada Aleesha Farhana dikebumikan sebagai Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.
Dia meninggal dunia 5 pagi tadi, akibat serangan jantung dan tekanan darah rendah.
Jenazah Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seberang Takir selepas solat Asar.
Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah 3 pagi semalam setelah muntah teruk dan tidak sedarkan diri.
Mohd Ashraf Hafiz dikatakan murung selepas permohonannya untuk menukar nama di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ditolak, 18 Julai lalu.
Dia sebelum ini telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.
------------------------------------------------------------------------------------
Man that failed in changing name to Aleesha Farhana was buried as Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.
He was buried at 5 in the morning that day, caused by a heart attack and low blood pressure.
Mohd Ashraf Hafiz was buried at the Islam Seberang Takir cemetery after the Asr prayers.
He was admitted to the ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah at 3AM the night before after severe vomiting and unconsciousness.


Mohd Ashraf Hafiz was said to be depressed after his application to change his name at the Kuala Lumpur High Court was rejected, 18 July
He was previously transgender in Thailand 2 years ago.

Kerajaan Bani Abbasiyah

Penentangan berlaku dari dalam dan luar negara

  • orang Islam yang bukan keturunan Arab (mawali), bangsa Parsi dan Barbar, berasa mereka didiskriminasikan: tidak mendapat jawatan yang dianggap layak oleh mereka, dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi daripada orang Arab Islam
  • golongan mawali menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah
  • peringkat akhir zaman Bani Umaiyah, khalifah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di samping mengambaikan ajaran Islam - membangkitkan kemarahan rakyat
  • pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang oleh sebilangan orang Islam - Syiah (Golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib) dan Khawarij (Golongan orang Islam yang menentang Khalifah Ali bin Abu Talib dan Bani - menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
Pembetukan Kerajaan Bani Abbasiyah

  • diasaskan selepas Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah
  • gerakan ditaja oleh Ali bin Abdullah secara sulit tetapi bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, dikendalikan secara terbuka

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Tahap Kedua (Andalusia)

Pendidikan

  • pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III kemudian berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.
  • Perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam II
  • 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia dibina semasa pemerintahan Abdul dan al-Hakam.
  • pusat keilmuan juga berkembang di Seville, Toledo dan Granada
  • menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab memberikan peluang kepada masyarakat kerajaan Bani Umaiyah dan Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada buku terjemahan berkenaan dan sarjana Islam yang terkenal di Andalusia
  • Cordova ialah pusat kegemilangan ilmu dan jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah
Sistem kewangan
  • penubuhan baitulmal mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
  • sumber pendapatan negara: kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan)
  • Cordova: pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa
  • sektor pembuatan: mengembangkan kemahiran pembuatan barangan tembikar serta perhiasan daripada perak dan emas, memproses kulit dan membuat senjata
  • sektor pertanian: sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian, penyelidikan dilakulan untuk mendapatkan benih yang berkualiti
Kejayaan dalam pelbagai bidang menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintah Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran kerajaan.

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah


Politik
Sistem pentadbiran Bani Umaiyah
  • sistem khalifah
  • sistem wazarah - pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat, gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah
  • pelantikan beberapa orang gabenor adalah untuk memastikan keberkesanan sistem pentadbiran di wilayah yang besar
  • 5 wilayah pentadbiran yang besar:     

  1. Hijaz, Yaman dan seluruh Tanah Arab di bahagian tengah
  2. Hulu dan Hilir Mesir
  3. Babilonia + Asyor dan Parsi + etc
  4. Al-Jazirah, Armenia, Azerbaijan dan negeri-negeri Asia Minor
  5. Afrika Utara hingga barat Mesir, meliputi Andalusia, kepulauan di Laut Tengah

  • sistem urus setia - beberapa orang dilantik: membahagikan urusan pentadbiran kepada bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman 
  • sistem hijabah (penyekatan - Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin tiada sekatan bagi sesiapa yang ingin terus menemui khalifah. Namun, untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga, Muawiyah memulakan sistem kawalan keselamatan ini. Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyedia Makanan dikecualikan daripada sekatan) 
  • seseorang pegawai ditugaskan memerisa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah
Semua ini memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran kerajaan yang sistematik:
- setiap jawatan yang dibentuk, tugas dan fungsinya adalah jelas

Penubuhan Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah (diasaskan oleh Muawiyah)

Sistem ketenteraan
  • diperkemas
  • Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) ditubuhkan untuk pertahanan negara
  • penubuhan angkatan tentera darat dan laut
Sosial
  • kota Basrah ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
  • Khalil ibn Ahmad - pakar bahasa dan filologi Arab
  • Sibawayhi - ahli nahu (cara-cara penggunaan perkataan dalam menghasilkan ayat sesuatu bahasa) Arab
  • Al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri - sasterawan (orang yang menghasilkan karya)
  • bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
  • Orang bukan Arab berfaedah apabila tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran
  • Era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang tertentu:
  1. Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis - perbuatan atau percakapan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabatnya untuk menjelaskan hukum dalam agama Islam)
  2. Ibn Jarih (tafsir al-Quran - keterangan dan penjelasan tentang ayat-ayat al-Quran)
  3. Hasan al-Basri dan Wasil ibn Atan (usuluddin - teologi)
  • Khalifah al-Walid bin Abdul Malik membina hospital yang pertama di Damsyik 
  • Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta
  • Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
  • Ibn al-Nafis, pakar bedah termasyhur di Damsyik, menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan
  • Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga berkembang
Sistem Perundangan
  • hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad (menggunakan keupayaan berfikir semaksimumnya untuk menghasilkan penetapan) dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak (kesepakatan pendapat para ulama)
  • hakim mesti adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili

Wednesday, August 17, 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura berakhir setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia (661M) untuk digantikan dengan sistem warisan.

Sistem warisan - jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun / pemerintahan monarki

Pembetukan Kerajaan Bani Umaiyah
  • pentadbiran kerajaan Islam dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah    
  • mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah, Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf (tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab)
  • pemerintahan diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan mengikuti penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawaiyah
  • penyerahan kuasa dilakukan untuk mengelakkan umat Islam daripada terus berpecah belah
  • pemerintahan bermula 661M hingga 750M di Damsyik
  • tahap pertama; pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah
Perkembangan Bani Umaiyah di Sepanyol (tahap kedua)
  • keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama (di Damsyik) adalah akibat serangan daripada gerakan Abbasiyah
  • hampir keseluruhan Bani Umaiyah telah dibunuh
  • Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I) melarikan diri daripada tahanan di Fustat munuju ke Palestin, Afrika Utara, Maghribi dan Sepanyol (Bani Umaiyah tahap kedua)
  • pemerintahan bermula 756M hingga 1031M di Andalusia, Cordova 
  • tahap kedua; pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran amir

Khalifah Ali bin Abu Talib

Pelantikan Khalifah Ali mendapat sokongan suara terbanyak.
Dengan kepakarannya dalam selok belok hukum, beliau telah banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam


Sosial

  • mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara:
  • Perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan tetapi disebabkan ada pihak lawan yang mengangkat al-Quran, beliau sanggup untuk menghentikan peperangan dan memulakan proses rundingan
  • tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria
Ekonomi

  • kutipan jizyah diteruskan seperti dinyatakan dalam surat kepada al-Asytar 
   *Malik bin al-Harith al-Nakha', turut serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, merupakan pejuang yang menyokong Saidina Ali, dilantik gabenor di Mausil dan bandar-bandar lain di Irag dan Syria, merupakan tokoh yang berani dan pedangnya digelar al-Lujju (kilauan air mengalir)* 

Khulafa al-Rasyidin 
- suatu sistem pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
- kepimpinan 4 khalifah amat menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara
- perpaduan yang kukuh, kerajaan Islam di Madinah berkembang menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas
- menyaingi empayar Rom dan Parsi 

Khalifah Uthman bin Affan

*Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia*


Pelantikan Saidina Uthman bin Affan menjadi khalifah adalah melalui majlis syura.
Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, 6 orang calon yang layak telah dicadang termasuk Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib
Dalam mesyuarat yang diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman menerima undi yang sama banyak.
Abdul Rahman bin Auf, pengerusi mesyuarat, meninjau pendapat dan mendapat persetujuan orang ramai, Saidina Uthman dilantik sebagai khalifah yang ketiga.


Politik

  • meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.
  • mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Sosial

  • menyelaraskan cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran, Mushaf Uthmani
  • membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara
Ekonomi

  • mengukuhkan peranan baitulmal (sumber pendapatan baitulmal ialah daripada jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam yang dikekalkan)
  • membiayai pembangunan negara dan memperkuatkan angkatan tentera laut Islam (membeli peralatan senjata dan kapal)

Khalifah Umar bin al-Khattab

Pelantikannya dicadang oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (semasa Khalifah Abu Bakar sakit) dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Zaman Keemasan - Kerajaan Islam di Madinah dilanda banyak pembaharuan dan perubahan semasa pemerintahan Khalifah Umar

Politikal
  • memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
  • menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar
  • membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
  • melantik wali (gabenor) sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera
  • menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian  dan Jabatan Perbendaharaan Negara
  • Jabatan Hakim telah dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku oleh hakim
Sosial
  • mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid
  • menghantar guru agama ke pelbagai wilayah (Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pendalaman)
  • memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam
  • menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
  • tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam
  • markas tentera dibina di bandar utama
  • kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh (Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah)
Ekonomi
  • membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian (Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin d Mesir)
  • rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar
  • cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi (golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam, dijamin kehidupan aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat)
  • cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
  • baitulmal didirikan unutk mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar, Khalifah Umar diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam

  • kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat
  • ketegasan Khalifah Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat
  • Khalifah Abu Bakar menjadi sumber teladan

mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar: kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat
  • menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan
melicinkan pentadbiran kerajaan 
    • membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah 

    1. Makkah 
    2. Taif
    3. Yaman 
    4. al-Jund 
    5. Khalwan 
    6. Bahrin
    7. Jarsh
    8. Zabid
    9. Hadhramaut
    10. Nijran
    • melantik seorang amir (ketua) untuk mentadbir wilayah tersebut
    memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui:
    • hasil harta rampasan perang
    • undang-undang tanah
    • hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali (orang bukan Arab yang memeluk agama Islam, memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim tetapi dikehendaki membayar cukai tambahan)
    mengumpul tulisan al-Quran
    • kematian ramai hafiz al-Quran semasa menentang golongan al-Riddah membimbangkan
    • memerintahkan Zaid bin Thabit untuk menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula
    • salinan ayat al-Quran disimpan olehnya, kemudian oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan
    Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar digelar sebagai Penyelamat Umat Islam

    Tuesday, August 16, 2011

    Konsep, Syarat, Cara Pemilihan dan Tugas Khalifah

    Khalifah (pengganti) -
    • Politikal - melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
    • Agama - melaksanakan tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian seta kestabilan umat Islam
    Syarat
    1. lelaki yang merdeka
    2. beragama Islam
    3. memiliki pengetahuan tentang Islam
    4. mematuhi perintah Allah
    5. melaksanakan hukum Allah
    6. bersifat adil
    7. mempunyai akhlak yang baik
    8. tubuh yang sihat dan sempurna
    9. berfikiran cerdas
    10. warak (seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala laranganNya)
    11. pandai mentadbir kerajaan


      Cara Pemilihan
      Musyawarah/syura (permesyuaratan/perundingan unutk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara)
      • Saidina Umar mencadangkan dengan persetujuan ramai antara golongan Ansar daripada Bani Saadah melantik Saidina Abu Bakar
      Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
      • Saidina Abu Bakar mengusulkan Saidina Umar sebelum kewafatannya
      Pemilihan daripada beberapa orang calon
      • Antara enam nama yang telah diusulkan, Saidina Uthman bin Affan dilantikkan
      Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
      • Saidina Ali bin Abu Talib
      Walau bagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura/musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuhkan dengan upacara angkat sumpah/lafaz taat setia/baiah (perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin) 
      Proses syura dan baiah ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi agar pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar.


      Tugas
      • memelihara kedudukan agama Islam
      • mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah
      • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi 
      Politik -
      • memastikan kelicinan pentadbiran negara
      • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
      • melantik, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
      Sosial -
      • menjaga kebajikan rakyat
      • menjaga dan meneruskan ajaran Allah
      • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyuwarah/syura
      • memantapkan sistem perundangan Islam
      Ekonomi - 
      • menguruskan hal ehwal kewangan
      • perbendaharaan negara juga baitulmal
      • mengatur pungutan kharaj (cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim), jizyah (cukai dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam) dan zakat (pengeluaran sebahagian hata dan tanaman oleh orang Islam).

      Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

      Nabi Muhammad s.a.w. berjaya:
      • membentuk sebuah pemerintahan Islam di Madinah
      • menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam
      Sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah seperti:
      • Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : Bani Tamim : 632-634M
      • Khalifah Umar bin al-Khattab : Bani Adi : 634-644M
      • Khalifah Uthman bin Affan : Bani Umaiyah : 644-656M
      • Khalifah Ali bin Abu Talib : Bani Hasyim : 656-661M
      Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

      Monday, August 15, 2011

      Bab 6: Pembetukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

      Pengenalan


      Khutbah (ajaran atau nasihat keagamaan) terakhir Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah gesaan (suruhan yang mendesak) agar umat Islam:
      • bersatu padu 
      • mencintai perdamaian 
      • berpegang pada agama Islam dengan berteraskan (sesuatu yang terpenting) al-Quran dan sunah (mengikuti perlakuan dan percakapan Nabi untuk mendapatkan rahmat)
      Perkara ini menjadi asas kekuatan umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menamakan bakal penggantinya, ini menyebabkan kemunculan golongan al-Rasyidin yang mengambil kesempatan mengaku dirinya sebagai nabi, yang enggan membayar zakat (cukai yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam) dan yang murtad (telah keluar daripada agama Islam)



      Monday, July 11, 2011

      News Reports


      Photo credit: AP | Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), background, sit on a street as they face riot police during a rally in Kuala LumpurMalaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay. (AP Photo/Vincent Thian)

      Sunday, July 10, 2011

      9 July 2011

       It may be the most change, awakening, transformation, revival that's been talked about, just waiting to happen.


      "Loss of lives possible", unlawful arrests being made and public humiliation.
      All this because of what, you ask?


      YELLOW.