Thursday, August 18, 2011

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Tahap Kedua (Andalusia)

Pendidikan

  • pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III kemudian berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.
  • Perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam II
  • 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia dibina semasa pemerintahan Abdul dan al-Hakam.
  • pusat keilmuan juga berkembang di Seville, Toledo dan Granada
  • menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab memberikan peluang kepada masyarakat kerajaan Bani Umaiyah dan Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada buku terjemahan berkenaan dan sarjana Islam yang terkenal di Andalusia
  • Cordova ialah pusat kegemilangan ilmu dan jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah
Sistem kewangan
  • penubuhan baitulmal mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
  • sumber pendapatan negara: kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan)
  • Cordova: pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa
  • sektor pembuatan: mengembangkan kemahiran pembuatan barangan tembikar serta perhiasan daripada perak dan emas, memproses kulit dan membuat senjata
  • sektor pertanian: sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian, penyelidikan dilakulan untuk mendapatkan benih yang berkualiti
Kejayaan dalam pelbagai bidang menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintah Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran kerajaan.

No comments:

Post a Comment