Tuesday, August 16, 2011

Konsep, Syarat, Cara Pemilihan dan Tugas Khalifah

Khalifah (pengganti) -
  • Politikal - melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
  • Agama - melaksanakan tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian seta kestabilan umat Islam
Syarat
  1. lelaki yang merdeka
  2. beragama Islam
  3. memiliki pengetahuan tentang Islam
  4. mematuhi perintah Allah
  5. melaksanakan hukum Allah
  6. bersifat adil
  7. mempunyai akhlak yang baik
  8. tubuh yang sihat dan sempurna
  9. berfikiran cerdas
  10. warak (seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala laranganNya)
  11. pandai mentadbir kerajaan


    Cara Pemilihan
    Musyawarah/syura (permesyuaratan/perundingan unutk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara)
    • Saidina Umar mencadangkan dengan persetujuan ramai antara golongan Ansar daripada Bani Saadah melantik Saidina Abu Bakar
    Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
    • Saidina Abu Bakar mengusulkan Saidina Umar sebelum kewafatannya
    Pemilihan daripada beberapa orang calon
    • Antara enam nama yang telah diusulkan, Saidina Uthman bin Affan dilantikkan
    Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
    • Saidina Ali bin Abu Talib
    Walau bagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura/musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuhkan dengan upacara angkat sumpah/lafaz taat setia/baiah (perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin) 
    Proses syura dan baiah ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi agar pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar.


    Tugas
    • memelihara kedudukan agama Islam
    • mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah
    • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi 
    Politik -
    • memastikan kelicinan pentadbiran negara
    • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
    • melantik, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
    Sosial -
    • menjaga kebajikan rakyat
    • menjaga dan meneruskan ajaran Allah
    • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyuwarah/syura
    • memantapkan sistem perundangan Islam
    Ekonomi - 
    • menguruskan hal ehwal kewangan
    • perbendaharaan negara juga baitulmal
    • mengatur pungutan kharaj (cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim), jizyah (cukai dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam) dan zakat (pengeluaran sebahagian hata dan tanaman oleh orang Islam).

    2 comments: