Wednesday, August 17, 2011

Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam

  • kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat
  • ketegasan Khalifah Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat
  • Khalifah Abu Bakar menjadi sumber teladan

mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar: kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat
  • menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan
melicinkan pentadbiran kerajaan 
    • membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah 

    1. Makkah 
    2. Taif
    3. Yaman 
    4. al-Jund 
    5. Khalwan 
    6. Bahrin
    7. Jarsh
    8. Zabid
    9. Hadhramaut
    10. Nijran
    • melantik seorang amir (ketua) untuk mentadbir wilayah tersebut
    memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui:
    • hasil harta rampasan perang
    • undang-undang tanah
    • hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali (orang bukan Arab yang memeluk agama Islam, memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim tetapi dikehendaki membayar cukai tambahan)
    mengumpul tulisan al-Quran
    • kematian ramai hafiz al-Quran semasa menentang golongan al-Riddah membimbangkan
    • memerintahkan Zaid bin Thabit untuk menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula
    • salinan ayat al-Quran disimpan olehnya, kemudian oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan
    Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar digelar sebagai Penyelamat Umat Islam

    No comments:

    Post a Comment