Wednesday, August 17, 2011

Khalifah Umar bin al-Khattab

Pelantikannya dicadang oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (semasa Khalifah Abu Bakar sakit) dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Zaman Keemasan - Kerajaan Islam di Madinah dilanda banyak pembaharuan dan perubahan semasa pemerintahan Khalifah Umar

Politikal
  • memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
  • menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar
  • membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
  • melantik wali (gabenor) sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera
  • menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian  dan Jabatan Perbendaharaan Negara
  • Jabatan Hakim telah dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku oleh hakim
Sosial
  • mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid
  • menghantar guru agama ke pelbagai wilayah (Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pendalaman)
  • memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam
  • menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
  • tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam
  • markas tentera dibina di bandar utama
  • kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh (Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah)
Ekonomi
  • membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian (Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin d Mesir)
  • rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar
  • cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi (golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam, dijamin kehidupan aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat)
  • cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
  • baitulmal didirikan unutk mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar, Khalifah Umar diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

No comments:

Post a Comment