Wednesday, August 17, 2011

Khalifah Umar bin al-Khattab

Pelantikannya dicadang oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (semasa Khalifah Abu Bakar sakit) dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Zaman Keemasan - Kerajaan Islam di Madinah dilanda banyak pembaharuan dan perubahan semasa pemerintahan Khalifah Umar

Politikal
  • memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
  • menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar
  • membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
  • melantik wali (gabenor) sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera
  • menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian  dan Jabatan Perbendaharaan Negara
  • Jabatan Hakim telah dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku oleh hakim
Sosial
  • mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid
  • menghantar guru agama ke pelbagai wilayah (Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pendalaman)
  • memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam
  • menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
  • tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam
  • markas tentera dibina di bandar utama
  • kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh (Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah)
Ekonomi
  • membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian (Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin d Mesir)
  • rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar
  • cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi (golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam, dijamin kehidupan aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat)
  • cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
  • baitulmal didirikan unutk mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj
Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar, Khalifah Umar diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam

  • kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat
  • ketegasan Khalifah Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat
  • Khalifah Abu Bakar menjadi sumber teladan

mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar: kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat
  • menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan
melicinkan pentadbiran kerajaan 
    • membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah 

    1. Makkah 
    2. Taif
    3. Yaman 
    4. al-Jund 
    5. Khalwan 
    6. Bahrin
    7. Jarsh
    8. Zabid
    9. Hadhramaut
    10. Nijran
    • melantik seorang amir (ketua) untuk mentadbir wilayah tersebut
    memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui:
    • hasil harta rampasan perang
    • undang-undang tanah
    • hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali (orang bukan Arab yang memeluk agama Islam, memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim tetapi dikehendaki membayar cukai tambahan)
    mengumpul tulisan al-Quran
    • kematian ramai hafiz al-Quran semasa menentang golongan al-Riddah membimbangkan
    • memerintahkan Zaid bin Thabit untuk menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula
    • salinan ayat al-Quran disimpan olehnya, kemudian oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan
    Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar digelar sebagai Penyelamat Umat Islam

    Tuesday, August 16, 2011

    Konsep, Syarat, Cara Pemilihan dan Tugas Khalifah

    Khalifah (pengganti) -
    • Politikal - melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
    • Agama - melaksanakan tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian seta kestabilan umat Islam
    Syarat
    1. lelaki yang merdeka
    2. beragama Islam
    3. memiliki pengetahuan tentang Islam
    4. mematuhi perintah Allah
    5. melaksanakan hukum Allah
    6. bersifat adil
    7. mempunyai akhlak yang baik
    8. tubuh yang sihat dan sempurna
    9. berfikiran cerdas
    10. warak (seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala laranganNya)
    11. pandai mentadbir kerajaan


      Cara Pemilihan
      Musyawarah/syura (permesyuaratan/perundingan unutk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara)
      • Saidina Umar mencadangkan dengan persetujuan ramai antara golongan Ansar daripada Bani Saadah melantik Saidina Abu Bakar
      Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
      • Saidina Abu Bakar mengusulkan Saidina Umar sebelum kewafatannya
      Pemilihan daripada beberapa orang calon
      • Antara enam nama yang telah diusulkan, Saidina Uthman bin Affan dilantikkan
      Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
      • Saidina Ali bin Abu Talib
      Walau bagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura/musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuhkan dengan upacara angkat sumpah/lafaz taat setia/baiah (perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin) 
      Proses syura dan baiah ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi agar pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar.


      Tugas
      • memelihara kedudukan agama Islam
      • mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah
      • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi 
      Politik -
      • memastikan kelicinan pentadbiran negara
      • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
      • melantik, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
      Sosial -
      • menjaga kebajikan rakyat
      • menjaga dan meneruskan ajaran Allah
      • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyuwarah/syura
      • memantapkan sistem perundangan Islam
      Ekonomi - 
      • menguruskan hal ehwal kewangan
      • perbendaharaan negara juga baitulmal
      • mengatur pungutan kharaj (cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim), jizyah (cukai dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam) dan zakat (pengeluaran sebahagian hata dan tanaman oleh orang Islam).

      Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

      Nabi Muhammad s.a.w. berjaya:
      • membentuk sebuah pemerintahan Islam di Madinah
      • menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam
      Sistem pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah seperti:
      • Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : Bani Tamim : 632-634M
      • Khalifah Umar bin al-Khattab : Bani Adi : 634-644M
      • Khalifah Uthman bin Affan : Bani Umaiyah : 644-656M
      • Khalifah Ali bin Abu Talib : Bani Hasyim : 656-661M
      Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

      Monday, August 15, 2011

      Bab 6: Pembetukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

      Pengenalan


      Khutbah (ajaran atau nasihat keagamaan) terakhir Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah gesaan (suruhan yang mendesak) agar umat Islam:
      • bersatu padu 
      • mencintai perdamaian 
      • berpegang pada agama Islam dengan berteraskan (sesuatu yang terpenting) al-Quran dan sunah (mengikuti perlakuan dan percakapan Nabi untuk mendapatkan rahmat)
      Perkara ini menjadi asas kekuatan umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menamakan bakal penggantinya, ini menyebabkan kemunculan golongan al-Rasyidin yang mengambil kesempatan mengaku dirinya sebagai nabi, yang enggan membayar zakat (cukai yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam) dan yang murtad (telah keluar daripada agama Islam)



      Monday, July 11, 2011

      News Reports


      Photo credit: AP | Malaysian activists from Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), background, sit on a street as they face riot police during a rally in Kuala LumpurMalaysia, Saturday, July 9, 2011. Police fired tear gas and detained hundreds of activists as those demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years. The "Bersih" means "clean" in Malay. (AP Photo/Vincent Thian)

      Sunday, July 10, 2011

      9 July 2011

       It may be the most change, awakening, transformation, revival that's been talked about, just waiting to happen.


      "Loss of lives possible", unlawful arrests being made and public humiliation.
      All this because of what, you ask?


      YELLOW.